Nuffnang

Wednesday, 16 May 2012

Ustaz Azhar Idrus Dan Kamera

Siapa tak kenal dengan Ustaz Azhar Idrus(UAI)? Tipu la kalau tak kenal. UAI adalah seorang penceramah bebas yang amat sempoi! Beliau banyak mendekati remaja atau golongan muda dan beliau juga banyak membuat aktiviti berkaitan remaja disertai dengan ceramah beliau yang amat mantap! Cara penyampaian yang diberikan oleh beliau amatlah BEST dan KELAKAR!. Sebab tu ramai remaja atau golongan muda yang menyertai cermah beliau anjurkan! Bagi seorang ustaz, typically mesti korg fikir UAI ni sentiasa berada di masjid kan? Itu adalah sangat salah. Islam Is the Way of Life, setiap apa yang kita buat, kalau benda tu boleh mendekatkan diri dengan Allah, dikira Ibadah. UAI ada hobby yang selalu nya dipelopori oleh golongan muda iaitu mengambil gambar menggunakan DSLR! INGAT!, setiap apa yang kita lakukan yang boleh mendekatkan diri dengan ALLAH, adalah satu Ibadah. So, fotografi juga adalah Ibadah kalau niat korg betul. Cuba korg fikir, kalau korg amik gambar tentang alam, ada tak korg sebut 'Ya ALLAH, hebatnya ciptaan mu'. NAMPAK?? Dekat situ pun dah dapat pahala dan mendekatkan diri kita dengan ALLAH, betul ke betul? LOLx

Ok, UAI ni memiliki 3 bijik kamera, bukan yang murah2 ok, tapi yang superb mahalnya iaitu Nikon D3, Canon 5D dan Canon 4OD. Bagi peminat DSLR, mesti korg tahu berapa harga sebiji DSLR nie kan?? Nikon D3 tu, body jer dah dekat rm30,000! HAHAHA. Hebat la UAI ni kan?? Serba serbi boleh! Jom layan 10 gambar UAI. TERBAIK!!












Gempak kan? Nak layan lagi gambar UAI? Meh aku bagi link. UAI siap ada website khas untuk gambar2 ni ok! Digital Mukmin. Selamat mendapatkan pahala. Jangan lupa sebut SubhanALLAH!

No comments:

Post a Comment